Telefon:
03-60345851

 

IntanKids

IntanKids adalah nama penjenamaan melalui 3 gabungan dari institusi pendidkan swasta dan pusat asuhan iaitu Intans Childcare Centre, Tadika Intanku Genius dan Intans Kids Care Centre

Misi

Memberi didikan dan asuhan yang sempurna dengan menerapkan nilai-nilai islam seawal usia kanak-kanak dan melahirkan kanak-kanak yang dapat berdikari dengan sendiri bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai

Visi

Menjadi taska dan tadika pilihan ibubapa dan akan mempunyai cawangan seluruh Malaysia

Objektif

Dapat melahirkan perantis dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan menyediakan peluang perniagaan sambil membantu orang yang benar-benar berminat dan mempunyai matlamat seiring dengan kami dengan menggunakan ketetapan modul yang dirancang dan cara pengurusan kami.

Suasana

Tentang Kami

Segala puji bagi ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi melawati laman web kami bagi tujuan mencari maklumat tentang taska, tadika dan pusat jagaan kami.

IntanKids adalah nama penjenamaan melalui 3 gabungan dari institusi pendidkan swasta dan pusat asuhan iaitu Intans Childcare Centre, Tadika Intanku Genius dan Intans Kids Care Centre berpusat di Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor yang mempunyai reputasi baik dan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menawarkan Pusat Asuhan (Taska), Prasekolah (Tadika), Program Playschool, Program Kindertots, Program Speech Delay dan Program Transit dengan menggunakan metodologi cara pembelajaran yang unik dan berkesan.

Gabungan aktiviti dan pembelajaran kokurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK), PERMATA & Multiple Intelligences yang holistik disampaikan dengan menerusi cara pembelajaran sambil bermain, merangsang kecemerlangan mereka untuk berfikir dan sekaligus dapat mempertingkatkan potensi mereka serta sesuai dengan slogan kami “School is Fun”.

PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN

1) INTANS KINDERTOTS

Kelas yang sesuai bagi kanak-kanak berumur dari 1 hingga 2 tahun. Mereka menjalankan aktiviti seharian mengikut modul yang diberi, dengan ruang yang selesa, mencetus rasa ingin tahu dan meraikan dengan rasa seronok. Dalam peringkat umur sebegini, kanak-kanak diajar cara meneroka yang berkesan dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling mereka

2) INTANS PLAYSCHOOL CENTRE

Kami menyasarkan kanak-kanak umur 3 hingga 4 tahun dapat belajar dalam perkembangan yang lebih holistik dan berasaskan projek (ABM). Dengan menggunakan pendekatan modul PERMATA & Multiple Intelligences yang menjadikan pembelajaran lebih menarik, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mengambil bahagian dan sering mendapati pelajaran mudah dingati

3) TADIKA INTANKU GENIUS

Kecemerlangan kanak-kanak berumur dari 5 – 6 tahun diukur secara menyeluruh dalam akademik (KSPK), kokurikulum, sahsiah diri, keyakinan diri dan kualiti kepimpinan. Kami menekan kanak-kanak belajar dalam pelbagai perkembangan , pengalaman yang seronok dan cara menyelesaikan masalah setiap pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan setiap hari

4) PROGRAM FUN & LEARNING

Kami menyediakan program tambahan seperti fun cooking, kelas bacaan & reading, iqra dan solat pada waktu sebelah petang. Program seperti ini dapat merangsang potensi kanak-kanak dalam kemahiran mereka sendiri, menerapkan didikan agama dan juga mengajar mereka nilai-nilai kemanusiaan. Kanak-kanak akan diberi pilihan menjadikan pelajaran lebih menyeronokkan dengan kemahiran yang ada dalam membuat keputusan

5) JAGAAN HARIAN

Kanak-kanak asuhan akan diberikan penjagaan yang lebih selamat dengan mengikut jadual harian yang disediakan. Kanak-kanak diajar dengan sahsiah yang baik, berkeyakinan, boleh menyesuaikan diri, berdikari, individu yang bertanggungjawab, berdisplin, boleh bekerjasama dan boleh berinteraksi bersama rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu, pusat kami juga ada menyediakan aktiviti tahunan bagi kanak-kanak transit

6) KELAS SPEECH DELAY

Kanak-kanak akan diajar bermula dari sistem sensori, kemudian kepada perkembangan sensori, seterusnya kepada perkembangan persepsi motor kasar dan halus, akhir sekali kepada pengurusan diri, tingkah laku dan pembelajaran. Kombinasi perkembangan dalam komunikasi, kognitif dan percakapan akan diajar secara menyeluruh. Apabila sempurna, proses pendidikan sudah boleh dimulakan. Jadual pengajaran dan pembelajaran telah disusun mengikut turutan yang betul khususnya bagi kanak-kanak speech delay

Kenapa Pilih Kami

1. “One-stop Centre”

Pusat kami adalah “One-stop Centre”

2. Berkelayakan

Guru-guru kami yang berdedikasi, berkelayakan, berpengalaman dan mesra kanak-kanak

3. Menarik

Gabungan modul yang menarik

4. Berpatutan

Yuran mampu bayar sejajar dengan perkhidmatan yang diberi

5. Fasiliti

Menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan bagi kanak-kanak dan ibubapa

6. Kategori

Penempatan kelas pembelajaran yang berbeza mengikut kategori umur kanak-kanak

7. Program

Pelbagai program yang disediakan

8. Kondusif

Persekitaran yang kondusif

9. Aktiviti

Aktiviti tahunan yang menarik

10. Ikatan

Ikatan yang kukuh dengan ibubapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua pihak

Hubungi Kami

Kami sedia membantu

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.